BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

sampai bila-bila..

baru-baru ni aku ade dengar satu tazkirah yang disampaikan oleh seorang ulama yang menceritakan tentang keadaan orang beriman yang kekal di dalam syurga dan keadaan orang kafir yang kekal di dalam neraka selama-lamanya, juga apakah kedudukan golongan islam yang melakukan dosa.

orang islam yang beriman kepada allah adalah merupakan orang yang sangat beruntung dan bakal mendapat kebahagiaan abadi...

kenapa plak ek??

ok, orang islam yang benar2 beriman kepada allah merupakan orang yang beruntung kerana mereka telah berusaha sepenuh keupayaan mereka untuk menjadi hamba allah yang taat dan gigih dalam mengejar janji serta jaminan allah kepada mereka yang beriman dan bertakwa, mereka ini menyedari tujuan kehidupan mereka adalah semata2 kerana allah s.w.t. Dengan menyedari tujuan hidup mereka, mereka dapat mengatur perjalanan serta gerak langkah dengan behati2 agar mereka tidak dimurkai allah. Mereka melaksanakan segala kewajipan serta melakukan sunnah rasul s.a.w. bagi memastikan kesempurnaan ibadah yang akan dipersembahkan kepada allah s.w.t

berbeza pulak dengan orang islam yang percaya kepada allah dan rasulullah tetapi mereka tidak mengamalkan sepenuhnya amalan sebagai seorang muslim, mereka ini digelar fasik. mereka menganggap remeh hukum, suruhan serta larangan allah yang telah di tetapkan dalam alquran ataupun melalui rasulullah s.a.w.
golongan ini akan meneima azab allah  di dalam neraka akan tetapi mereka tidak kekal di dalam neraka. setelah di azab segala dosa mereka akhirnya akan di masukkan ke dalam syurga dengan izin allah.

bagi orang kafir pulak, diaorang ni akan di azab didalam neraka allah selamanya lamanya.
kesimpulan kat sini orang islam yang beriman akan selamanya berada di dalam syurga dan orang kafir pula akan di azab dalam neraka buat selama-lamanya..

kalo ade orang yang bertanya sampai bila orang beriman akan berada dalam syurga jawapanya adalah sampai bila-bila, sampai bila bila tu sampai bila ek?? jawapannya sampai bila-bila la.. takde sape yang tahu..
kalo ade orang yang bertanya sampai bila orang kafir berada di neraka? jawapanya adalah sampai bila-bila, sampai bila bila tu sampai bila ek?? jawapannya sampai bila-bila la.. takde sape yang tahu.. hanya allah yang tahu..