BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 21, 2010

thank you ALLAH.....

bsmilLAH...
 assalamua'laikum...
alhamdulilLAH.., ucapan slayaknya ebagai lambang terima kasih tidak terhingga kepada rabbul a'lamin.., hari ini dengan izinnya dapat saya menggerakkan jari di keyboard ni untuk menaip sedikit kata-kata buat mereka yang mengunjungi laman blog yang simple ni...
kawan2, seperti biasa, bila dah lama tak dengar berita, pasti ada banyak yang ingin di kongsi bersama, banyak penambahan pengalaman baru, tak kurang juga ujian yang lebih mencabar kedewasaan diri, dan banyak lagi peristiwa yang telah berlaku, ada antaranya yang boleh di kongsi, ada antaranya hanya akan menjadi rahsia sahaja,
perjalanan sebagai pemimpin baru saja bermula,walaupun hakikatnya ia dah lama bermula, banyak yang harus dipimpin, hati nak di pimpin, akhlak nak dipimpin, aqidah nak dipimpin, semua dalam kehidupan ni harus diurus dengan cermat dan berhikmah serta sesuai dengan kehendak ALLAH, tetapi nak memimpin bukan senang, nak memimpin diri sendiri pun kadang2 terkandas, inikan pula nak memimpin orang lain yang mempunyai pelbagai selera dan keinginan yang kadang2 tak mampu nak dilayan,
itulah kehidupan yang dirancang oleh manusia tetapi ditentukan ALLAH,
kerana kita semua perlu sedar jika kita mampu merancang, apatah lagi yang menciptakan kita, dia juga telah merancang sejak sekian lama lagi, dan dia adalah maha merancang... dan yang paling utama sekali kita kena faham bahawa perancangannya lebih jelas, kerana dia tahu siapa kita, yang penting usaha, amalan, dan doa kita.. itulah senjata mukmin....

Saturday, October 17, 2009

cuba kau renungkan.....

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Tuesday, September 8, 2009

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim....


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.
1 comments